♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

~ Tuah Bayi Mohd Arif Hakim ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥
tak siapa yang tahu...bila dan dimana sesuatu kejadian itu...
kita mampu merancang ... hanya Allah yang menentukan segala nya!

tuah ayam nampak di kaki... tapi tuah bayi ni!...
dapat jadi anak angkat mahkamah Majistret Kangar
untung kan!


Laman Utama hmetro

Kangar: Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam. 

Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi.

“Suami wanita berkenaan juga sebak dan menangis melihat keadaan isterinya lalu memaksa majistret mempercepatkan keputusan terhadapnya.

“Malah, saya mencadangkan bayi itu dinamakan Mohd Arif Hakim kerana dilahirkan di mahkamah ini dan dipersetujui bapa bayi berkenaan selain pihak mahkamah bercadang mengambilnya sebagai anak angkat mahkamah ini,” katanya.

~ Aiskrim Baskin-Robbins percuma sekiranya Malaysia menang pingat emas ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

tadi baca dalam paper jer! terus sambung buat keje.. baru sempat nak publish..
...jom pakat sokong ramai ramai jom!!

------------------------------

KUALA LUMPUR: Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.

Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.


berita lanjut kat MeTRo
----------------------------------

so harap harap nya dapat lah salah sorang peserta kita dapat bawak balik pingat emas..leh ler kita serbu Baskin-Robbins reramai..yeayeaahhh!!
sharing is caring

~ Ibu bingung bayi KOMA ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥
MUHAMMAD TAUFIQ terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas koma disyaki akibat kecuaian pengasuh di Alor Setar bulan lalu.
ALOR SETAR - Seorang ibu bingung dan pada masa sama sedih apabila memikirkan mengenai bayinya yang berusia lima bulan kini koma selepas didakwa mengalami pendarahan otak akibat hentakan kuat pada kepalanya ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim bulan lalu.

Rosmira Ramli, 28, memberitahu, bayinya, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan kini kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya pada 20 Jun lalu.

Katanya, sehingga kini, bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan masih belum sedarkan diri dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh.

"Setakat hari ini (semalam), saya masih tidak tahu punca sebenar bayi saya jadi begini dan hanya dimaklumkan pengasuh yang Muhammad Taufiq tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiru-biruan ketika berada di bawah jagaannya.

"Pengasuh memberitahu yang dia sempat memberikan susu dan sendawakan bayi saya sebelum meninggalkannya untuk melihat kanak-kanak lain yang dijaga di situ," ceritanya ketika ditemui di HSB semalam.

Bagaimanapun tambahnya, tidak lama kemudian pengasuh memberitahu yang dia mendengar Muhammad Taufiq menangis dengan kuat dan mendapati bayi malang tersebut bertukar kebiru-biruan dan pengsan.


notahati .: teringat pula kisah anakku dulu...minta2 semoga Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan ni tabah dan cekal untuk bangkit semula dari Koma.. dan sembuh seperti sediakala...InsyaAllah... 

~ Biar Betul nih // Bonus Raya Dapat Bulan Ni!! ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

kalau tak caya!!..tengok berita hari ini...


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan, semalam.

sumber dari myMetro..
ho ho ho!!!

I♥PM

~ Wanita Rakam Ibu Belasah Bayi.. itulah Penyelamat!! ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥
jom ikuti pengakuan wanita rakam Ibu belasah bayi!!.. 

‘Saya rakam untuk dedah’


NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa 

sumber : HarianMetro

KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.



Alhamdulillah...
Bayi berusia 10 bulan tu pon dah selamat dibawah jagaan keluarga angkat nya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga mengesahkan keadaan kanak-kanak itu kini lebih ceria dan tidak trauma lagi seperti yang telah digembar- gemburkan sebelum ni!!..


p/s :  
kes ni dah selesai!! tak usahlah dipanjangkan lagi!! biasalah.. Ibubapa mana yang sanggup melihat sahaja perkara seperti tu berlaku!!mohon maaf di atas kesalah-anggapan kami dalam n3 sebelum ni!!

~ Sambungan Video Ak Up tadi ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

latest info tentang video tadi :- copy & paste...

BERKENAAN VIDEO SEORANG WANITA MEMUKUL ANAK DI YOUTUBE..
MAKLUMAT TERBARU DARI WALL SAHABAT SAYA SHARE SUPAYA TIADA LAGI TUDUHAN MENYEBABKAN DOSA MENYEBARKAN PERKARA TIDAK BETUL :...
...
pmpuan ni dh kene tngkap, dlm proses perbicaraan lagi. pmpuan ni xberapa betul sgt. skg anak dia org lain yg jaga. tp anak dia dlm trauma lagi. bila ada org nk pegang, dia nangis.

perempuan yg record ni dh pernah cuba halang tp kene blasah, so dia terpaksa record senyap2 dan tunjuk bukti kat polis.katenye pompuan tu gile sbb penah kena rogol n ank tu ank luar nikah...

HARAP SEMUA DAPAT AMBIL IKTIBAR. TERIMA KASIH. MAAF SAYA TAK NAK SHARE VIDEO TERSEBUT. CUKUP SAMPAI SINI, KEADILAN TELAH DITEGAKKAN.

........................

nota .: ish ish!! ak mintak maaf yer semua di atas prasangaka buruk tadi!!

semoga pompuan tu tabah hadapi segala dan dapat menyayangi anaknya kembali...sesungguh nya anak yang lahir itu tidak bersalah dan tidak berdosa sama sekali... cuma pelaku yang zalim itu yang bersalah di atas segala nya!!

~ Geram Tengok Video pukul budak Ni!! ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 


geram ak tengok dia ni...terus teringat anak anak kat rumah.. jangan lah benda benda macam ni berlaku kat depa!!nauzubillah...

sakit hati ak tau!! tak tau la dia ni sapa... mak budak tu @ pengasuh Taska tu??..
kalau yer pon mak budak tu.. jangan lah dihempuk hempuk nya budak tu macam tu sekali!!.. sakit nya jiwa ak nengok!!..

budak tu kan kecik lagi la!!.. tak tau pepe pon masalah kita!!.. kesian budak tuh!!..
nak copy video tu tak dapat lah pulak!!..klik LINK @ LINK ni kalau nak tengok jugak!!..

geram nya!!!

nota .: yang pasti polis dah tau pasal video ni!! kat SINI

~ Umur Sudah 117.. tapi masih KuaT??? ~

apakah rahsia nya!!!

" Makan lah Sayur - sayuran dan Air Suam "... 

kalau tak caya..baca berita kat bawah ni..
sumber .: bharian la

PAK MAN membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata 
sambil diperhatikan isterinya, Saadiah ketika ditemui 
di rumahnya di Kampung Denger, Jertih, semalam.

Pak Man pernah nikahi lapan isteri disahkan tiada masalah kesihatan serius 

JERTIH: Walaupun sudah berusia 117 tahun, ingatan Abdul Rahman Abu Bakar, masih segar dan keinginan untuk bersama wanita tetap kuat, malah mungkin dapat mengatasi keupayaan sesetengah lelaki lain.

Itulah kelebihan dimiliki Abdul Rahman atau lebih dikenali Pak Man dari Kampung Denger, dekat sini, yang masih gagah dan sihat, malah boleh bertutur dengan baik berbeza dengan kebanyakan rakan apabila mencapai usia emas.

Bukan itu saja, paling menarik lelaki ini pernah bernikah lapan isteri dengan isteri pertama dikahwininya ketika berusia 20 tahun, manakala isteri kelapan ketika berumur 80 tahun. 

Pak Man bijak mengemudi rumah tangga dengan semua isteri yang pernah dikahwininya, apabila mampu mengawal kehidupan berkeluarga tanpa sebarang sengketa dengan pasangannya. 

Ketika ditemui di rumahnya semalam, Pak Man mengakui perlu ada rahsia tersendiri untuk terus kekal sihat dan mempunyai isteri sehingga sekarang, meskipun sudah agak berusia. 

Satu-satunya isteri masih bersamanya ialah, Saadiah Hamat, 71, manakala yang lain sudah meninggal dunia. 
“Isteri yang lain meninggal kerana sakit tua dan hasil perkahwinan saya dikurniakan lapan anak dan 25 cucu,” katanya.

Dilahirkan pada 1895, Abdul Rahman yang ketika muda bekerja sebagai tukang rumah dan melalui kehidupan zaman penjajah bersyukur kerana masih dilanjutkan usia dan dapat menikmati segala kemudahan disediakan kerajaan. 

Beliau berkata, sepanjang berumahtangga hanya sekali dapat berkongsi hidup dengan tiga isteri serentak. 

“Saya bersyukur dengan kesihatan dan rezeki kurniaan Allah dan gembira melihat anak berjaya dalam hidup,” katanya. 

Abdul Rahman mampu mengaji al-Quran, membaca akhbar serta buku tanpa menggunakan kaca mata dan penglihatan matanya masih baik. 

Menceritakan rahsia menjaga kesihatan, Abdul Rahman berkata, sejak kecil dia tidak suka makan makanan berlemak, sebaliknya gemar memakan sayur dan air suam. 
“Walaupun pernah menghisap rokok, tetapi selepas usia 50 tahun, saya cuba berhenti merokok. 

“Saya juga disahkan doktor tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis seperti yang lazim dialami individu seusia lain,” katanya.

~ Scha dan Awal Nikah 4 Mei ~

Alhamdulillah... masjid baru bakal dibina
suka sangat dengar bila Scha dan Awal nak kawin 4 Mei ni...
walaupon cara melamar tu ke arah kebaratan.... itu hak dia...
pepe pon taniah ak ucapkan di atas berita gembira ni...
Scha dan Awal..
Selamat Pengantin Baru..
semoga berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya...amin
------------------------------

sumber berita .: hmetro


KUALA LUMPUR: Pasangan pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya menamatkan spekulasi tarikh perkahwinan mereka apabila mengumumkan akan bernikah pada 4 Mei nanti.

Pada sidang media pengumuman itu diadakan di sini semalam, pasangan ini memilih Hotel Pullman, Putrajaya sebagai lokasi acara pernikahan manakala persandingan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei.

Awal berkata, perkenalan selama dua tahun enam bulan sejak digandingkan mengacara program realiti, Sehati Berdansa memberi keyakinan padanya melamar bakal isterinya itu.

Katanya, dia bertindak melamar Scha secara langsung ketika mengacara program hiburan Propaganza pada Ahad lalu.

Awal menghantar rombongan merisik pada 30 Mei tahun lalu yang juga hari ulang tahun Scha ke-28.

“Scha tak mahu bertunang dan saya melamarnya bukan mengikut budaya barat tetapi mahu bertanya padanya sama ada sudi berkahwin dengan saya.

~ KeLuarga Dirang Diancam ~


kecut perut ak bile baca Harian Metro hari ini ..lagi cerita kanak2 malang Dirang...
semoga roh nya tenang di samping Nya yang Maha Esa...

Susulan kes Dirang..
Keluarga Diancam...
Rumah cuba dipecah masuk..adik Roselyn(mak Dirang) pula dikejar lelaki tidak dikenali ...

kesian ngan keluarga arwah...terpaksa pulak berpindah randah...
bak kata pepatah....sudah jatuh ditimpa tangga...macam2 masalah menimpa... sebak dihati pasal pembunuhan anak masih belum reda...masalah lain pula menjelma...
yang herannya penjenayah dah ditangkap...tapi kenapa keluarga Dirang pula diancam???...
sapa lah yang punya angkara ek???...

tak paham ak..dengan manusia sekarang...takde keje cari keje!!!...keje baik taknak..keje jahat jugak yang dikejar!!!...ni mesti kes perasan diri tu kuat sangat kot...suka suki nak kejar mengejar orang...
padahal ada lagi yang lebih kuat dari dia....
"Allah Yang Maha BerKuasa di atas segala-galanya"

insaf2 lah sikit dik oiii...bawak2 lah diri tu beramal sikit...tak salah???... kan!!

nota .: dunia makin tua!!!

~ Mangsa Culik // Kena Tipu Semata ~

oh..tipah tertipu...
buat penat je ak upkan cerita budak ni kena culik kemarin kat SINI

memang pandai sungguh adik ni berlakon...
konon nya kena culik...huiiisshh...
mencolek rupa nya...

ceiittt... buat malu mak apak jer budak nih...
gundah gulana hati orang tua tu..
sedih kena tipu anak sendiri..

wahai lah adik... pikir lah... kamu tu baru 15 tahun dik oiii...
masa kamu masih panjang lagi...perjalanan hidup kamu pun masih jauh lagi...
tak payah lah dok kejar jalan yang singkat ni...
bila dah dewasa tentu kamu menyesal tak sudah!!!!... 

gelap dan cerahnya masa depan...kamu yang mencoraknya.. dik oiii...
tuhan kurniakan akal suruh berpikir...mak apak hantar sekolah suruh belajar supaya berjaya..
bukan nya perangkapkan diri sendiri dengan masalah macam ni...

jangan sampai menyesal di kemudian hari sudah lah...tak berguna lagi!!!...
ingatlah kamu...
bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu...
usahlah kamu menderhaka... kalau sakit hati mereka, maka tak senang lah hidup kamu sampai ke akhir hayat kamu...
renung renungkan lah... 
peringatan ni buat diri dan yang lain jugak!!!!

notahati .: menolong biar berpada...

~ Mangsa Penculikan//Siti Nur Fatihah ~


sesiapa ada terjumpa atau terlihat budak ni...
tolong lah kembalikan kepada keluarga nya @ hubungi nombor yang tertera..

kesian mak apak dia...
hati mana yang tak luluh..hati mana yang tak sedih wei bila dah jadik macam ni...
anak yang ditatang...hilang sekelip mata... diculik..
tak keruan jadik nya.. 

bayangkanlah..
senang senang je deme culik...bawak lari...
yang pompuan tu pon satu...dah takda keje lain dah nak buat...
dok bersekongkol ngan jantan tu bawak lari anak dara orang.. 
hrmmm...
mintak2 lah Allah turunkan hidayah buat mereka tuk kembali ke jalan yang benar

Ya Allah..
Selamatkan lah Siti Nur fatihah...
lindungi lah dia dari segala kejahatan dan kecelakaan..
kembalikan lah dia ke pangkuan keluarga nya...Ya Allah
Amin amin..ya Rabbal alamin..

nota .: kecut perut bila memikirkan dunia sekarang... bebas sangat..nauzubillahiminzalik

~ Keliru/SBPA masih berjalan seperti biasa ~

SBPA...ak dah sain dan dah hantar dah pon..tapi tiba tiba ditangguh pulak...
ni yang buat ak keliru ni... petang semalam JPA keluar statement :: 

----------------------------------------------------
22 DISEMBER 2011
POSTED IN PRESS RELEASE STATEMENT


Berikutan Terlalu Banyak Pertanyaan Yang Diterima Mengenai Status Pelaksanaan SBPA, Adalah Dimaklumkan Bahawa Opsyen SBPA Masih Berjalan Seperti Ditetapkan. JPA Bersama CUEPACS Akan Mengadakan Perbincangan Esok (23 Disember 2011) Bagi Membincangkan Isu Yang Dibangkitkan Oleh CUEPACS.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
4.00 Petang, 22 Disember 2011.
sumber : JPA

---------------------------------------------

SBPA masih berjalan seperti biasa...tapi perbincangan tetap diteruskan jugak hari ni...
walau apa pon...tak kesah lah...mintak mintak lah pas ni ada penambahbaikan bagi kita semua...
:: tak sabar lak rasa nye nak nunggu...apa keputusan JPA nanti ek...

~ PMR: 2,140 calon lulus cemerlang (A) di Kelantan ~


PMR: 19,659 calon lulus, 2,140 dapat semua A di Kelantan
22/12/2011 2:11pm
Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU 22 Dis. - Kelantan mencatatkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 lebih baik dengan 2,140 calon lulus cemerlang semua A, berbanding 2,023 calon pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang ketika mengumumkan keputusan tersebut hari ini berkata, peningkatan sebanyak 0.61 peratus dicatatkan adalah yang tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Beliau berkata, sebanyak 14 buah sekolah telah mencatatkan kelulusan seratus peratus berbanding hanya 10 buah pada tahun lalu.

Antara sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, SMK Kubang Bemban, SMK Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, SMK Zainab 1 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. - UTUSAN

*********************************************

:) 
Tahniah pada adik adik yang dapat cemerlang..
teringat zaman sekolah dulu...
andai nye dapat ku undur masa!!!

nota :: bangga jadi anak Kelate

~ PM setuju tangguh SBPA ~


Perdana Menteri setuju tangguh SBPA 

- Omar Osman22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

~ SBPA..apa kata Anda??/ ~

alohaaii..SBPA...
seminggu 2 minggu ni memang tak abis la ... kesah SBPA ni...
hrmm agak penin jugak tu nak menyain nye..
kalau kira umur bersara tu...ak takdo la kesah sangat...
tapi yang ak rasa cam kesahkan... ni pasal jawatan ak ni...


macam mana la agak nye kan..
jumud..jumud lah... syarat nye dah ok...dapat lah naik gred tinggi sikit...
tu yang buat ak tak duduk diam tu...seriau la...
leceh jugak bile dah lama tak buat operasi...


emm...serba salah pulak rasanye...
nanti kena keje shift balik..macam mana ek???
banyak urusan yang kena ak buat balik la kalau camni...


ate korang????
macam mana pendapat korang ek???
ke korang pon ada dilema macam ak jugak???


cer citer...cer citer..

~ Ariff Alfian Rosli Khawin Kaum Sejenis? (GAY) ~

Assalam semua...
..satu lagi berita tengah hangat nak kongsikan sama korang nih...


semalam ada la ak terbaca kisah si Ariff ni kawin ngan kaum sejenis kat fb...
rini ada lagi kawan yang publish criter hangat ni...
kalau ikut kan memang tak patut la kan..
tak baik ooo buat canggitu...tau dak... menda tu Haram hukum nye...


macam dah takda anak dara dah ker untuk dibuat bini???
ak sendiri pon tak tau la apa kehendak si Ariff Alfian ni...
belajar tinggi tinggi tapi otak???...


entah ler...malas lah ak nak komen banyak2...
kalau korang nak tau lebih lagi pasal si Ariff ni..gambo kat bawah...baca lah kat blog budak nih...






hrmm...mintak mintak lah dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..
InsyaAllah...

~ Bayi SeBulan DiRogoL /.. sifat Manusia ni dah LeBih Dari BiNataNg dah ni... ~





sources..dari mynewshub


LONDON – Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.
Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.

*nak tau lebih lanjut klik sources*
*********************************
nak dikatakan apa lagi...nak dikelaskan sebagai apa pon ak pon tak tau dah... 
memang gile...memang hilang akal dah manusia ni...kejam ...tak berhati perut...patut nye direjam sampai mati orang macam ni...tergamak dia lakukan benda2 macam ni..budak baru sebulan dah buat macam tu...

tapak kaki pon tak sampai 2 jari lagi...sanggup sungguh manusia ni buat kezaliman macam ni...
weiihh...binatang pon tau sayang kan anak la...

walaupon ia berlaku di diluar negara...tapi terasa macam dekat jer.... hati mana tak marah dengan kejadian macam ni... kite ni kang main lagi... sikit punya susah nak dapat anak...dia senang senang jer buat macam tu macam ni pada zuriat yang Allah beri...memang nak kena la tu...

nauzubillah...mintak dijauhkan lah semua ni... Ya Allah...selamatkan lah bayi yang menjadi mangsa nafsu jahnam tu..dan laknati lah mereka yang telah melakukan kezaliman...berikan mereka pengajaran yang setimpal dengan perbuatan mereka..Amin ya Rabbal alamin

~ SuRia Fm kat PreSint 2 PutRajaya ~


kalau nak tau keputusan sapa yang menang keta Proton Inspira from SuRiaFm....

silalah ke PreSint 2 PutRajaya ari ni...
jom serbu beramai ramai...


nota ::: tolong war warkan ajer ler... pergi nye tak dapat...huhuhu

~ KLIA 2 :: SooN ~

lebih canggih...
lebih sistematik...
lebih cantekkk....

masa untuk ""transformer""


*****************************


KLIA2 for Streaming







*****************************



Uploader Comments (GravityredSB)


**yup, its already a ground breaking last week. it should be completed in 20 month. This is the real thing




other comments :



@ikeroslan now under construction. Finished by 2012





watch out......tak sabar nak tunggu ia siap...

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)