♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

.: 10 PERMINTAAN SYAITAN :.

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Salam tuk semua...

ketahui lah...
apabila kita mengetahui sesuatu itu buruk...maka..jauhi lah dan jangan dekati nya...kelak ia kan meracun diri sendiri..jangan terpedaya dengan semua tipu helah syaitan..


10 PERMINTAAN SYAITAN.

Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syaitan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!

Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

-------------------------------

nauzubillahiminzalik...

~ Jauhi pemakaian tudung menyerupai biarawati Kristian ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

salam sejahtera ke atas semua..

sungguh jarang sekali dapat menjengah kengkawan semua sekarang ni!...
maklum lah hari hujan..
tak sempat lah nak menyinggah di mana2..sorry ye semua!...

oh!..dah keterlanjuran ni..boleh lah aii kongsi2kan maklumat yang aii dapat dari

memang bagus untuk semua.. especially diri sendiri jugak

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.


Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" 
(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)


Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang ada isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. 
Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebar kan mesej ini untuk manfaat kita bersama... yang baik kita perelokkan... yang buruk kita tinggalkan...




Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah swt

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

~ Hati2...Sama tapi tak serupa! ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥
jangan terkena sudah!
xsempat nak bercerta panjang... cuma nak share video ni je..
Sharing is caring!



atas bawah nampak sama...
tapi di tengah!...hanya yang terkena jer tau...
seumpama satu silap mata...yang bawa padah..

berhati2... kalau ternampak botol air macam ni..
jangan sesuka hati nak tolong pegang atau nak ambik botol macam ni!..
itu satu perangkap..
nanti tak pasal2 kena masuk jel! bila ditangkap..
kalau tak caya cer tengok video tu sampai habis...


note : selalu nya terjadi kat airport! kat tempat lain tak pasti lak...
hokey!...be careful & take care alll!

~ Anak Itik TokWi versi nenek ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

waktu zaman budak2 dolu aku selalu dengar mak nyanyikan macam ni!..

Anak itik tokwi mandi dalam kolam..
sakit apa tokwi sakit sendi tulang..

ubat apa tokwi ubat rimau lelang
sakit apa tokwi sakit sengal tulang...

tapi sekarang bila nyanyikan tuk cucu... mak dah tukar versi baru.

"anak itik tokwi... mandi dalam kolaaammmm
nenek takde gigi.... kunyah kunyah telaaaannn"

hahaha... terus kami tergelak..bukan sebab salah lirik tapi sebab dah tukar lirik...ngam ngam pulak masa tu tengah makan biskut cicah teh..memang kena betol lah...terus lah pulak si cucu nya mengikut sampai  lah sekarang

"anak itik tokwi andi alam kooolaaammmm
nenek aktok didi unyah elan unyah elaaaannn"

memang kelakar!

~ MangButan! ~


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

mai peberet nih..



tetiba jer teringat!...dapat pulak makan pagi ni!..
kalau dah rezki...mendatang lah juga
Alhamdulillah..
rezki jangan di tolak...musuh jangan di cari..
terima kasih ye Min!...

manggis +

rambutan =

MangButan!...hehe

~ Qiam Bersama Sultan Kelantan dan Ustaz Azhar Idrus ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥
buat semua umat islam...walau di mana berada...
especially anak2 Kelantan...


Sejarah Tercipta... Pintu Istana Dibuka Untuk Rakyat Sempena Ramadhan... Qiammulail Perdana di Istana Negeri Bersama Sultan Kelantan & Tazkirah Bersama Ustaz Azhar Idrus...
Sultan berjiwa rakyat...Moga Dimurahkan rezki selalu.
Alhamdulillah..bangga rasa dalam diri, aku masih anak kelantan...
jom beramai2 memeriahkan malam Qiamullai bersama Sultan dan Ustaz Azhar Idrus
pada .:
09 OGOS 2012 bersamaan 20 Ramadhan 1433H-
Khamis Malam Jumaat

sharing is caring.

~ Doa UnTuk Ibuku ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥
tiba tiba teringat pulak kat ibu di kampung.. semoga ibu dan ayah dilindungi dari panahan mata syaitan dan diberi kesihatan dan kesejahteraan sentiasa...
amin ya rabbal-alamin


sharing is caring.

~ 10 info menarik tentang Bayi kita ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥
firstly... taniah pada ibu2 yang baru dapat baby!!...belailah baby dengan sekerap mungkin.. kerana sentuhan jejari dan pelukan si ibu itulah membahagiakan dia!!




10 INFO MENARIK TENTANG BAYI YANG KITA TIDAK TAHU
+=========================================+

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

sources .: di SINI
( ♥ it's so sweet ♥ bila dapat cium baby... bau baby!! lah katakan...seb bek mia masih ada bau baby..leh  peluk cium selalu!!...  )

Note .: jangan ragu ragu dan jangan takut untuk menjadi ibu...kerana dia lah pengerat kasih sayang sesama keluarga... dia lah jua permata berharga buat mu yang bergelar ibu...

"Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W"

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Mr Monday agak blues sikit pagi ni...
jadik nya kena tunggu blues dah habis buleh lah citer lain pulak..

sambil sambil tu.. jom kita baca ni dulu...
all de  picas from google

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan. 

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

sumber .: Fb

Sharing is Caring
 ♥ ^__^ ♥..

~ KeCuaian Sesaat Boleh Membawa Padah!! ~

Ya Allah.. sebak rasa di dada saat terbaca kisah ni kat Fb tadi..
sayu nye di hati terus teringatkan anak2 di rumah...
nauzubillah...
mintak2 lah dijauhkan benda2 macam ni terjadi kat anak2 kita...

Walaupon Qadaq dan Qadar dah ditentukan Allah..
namun kita sebagai manusia boleh berusaha untuk mengelaknya...
Beringat-ingat sebelum terkena...dah kena tak guna nak meratap menangis hiba..

Sharing is Caring..
-----------------------

~ Who's watching Ur profile Fb ~

New Update from Fb tau...
sekarang dah boleh tengok sapa yang selalu jenguk kita kat Fb...
hehehe... seronok pulak bila dah dapat result ni .:


haaaa... jangan disangka yer...
rajin nauu depa2 ni melawat aiii minggu ni...hehehe...vangga

so...sesapa yang nak tau kawan yang selalu lawat Fb anda.. boleh la klik LINK ni...
dah klik tu jangan lupa klik Allow dulu tuk permission..baru lah dapat resultnya...iyer!!!!
Selamat Mencuba...

notahati .: gembira bile dapat gajet bawuuu...walaupon kat fb je

~ Spontaniuos TuesDay // Bahasa Jawi ~

Utusan Mingguan Melayu..
Perubatan Tradisional pelengkap rawatan moden..

Gambar yang dimuat naik dari Youtube mendakwa 
kanak2 ini mati ditembak disyria, baru2 ini - AFP...

Alhamdulillah...
masih lancar bacaan ku...

semakin moden teknologi zaman sekarang...
semakin jauh bahasa jawi ditinggalkan...
 teringat pulak zaman atuk nenek dulu... 
mereka menulis dan membaca hanya dalam bahasa jawi...


Bahasa jiwa bangsa..
jom membaca....

~ Serangga 'TomCat' // berbahaya ~


APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh hewan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau
kelambu nyamuk yang halus

Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.

Jika ada yg kena Tomcat, cepat cuci air bersih, sapu salep hydrocortisone 1% or Salep betametasone+antibiotik neomycin sulfat-3x sehari or Salep Acyclovir 5%


--------------------------

seram jugak bile terbaca pasal ni... bahaya jugak rupanya semut ni ek...
kesannya pon teruk jugak nampak nya...

naseb baik la ak ni jenis yang tak boleh nampak spesis2 semut atau benda2 terbang macam ni...mesti semua nya ak ingat macam lebah...ada sengat...fobiaaa tau...parutnya pon masih ada lagi... 
sebelum terkena kat anak anak baik lah ak halau semua nya siap siap...

huhh... tengok cam semut biasa jer...tapi rupa2 nya berbahaya...siap ada racun sekali...
pasni lagi la kena ber hengat lagi nih...

selalu nya kami nampak semut ni sekor dua je...itu pon tengok musim jugak...tapi takde lah banyak sangat cam kat surabaya nun...sampai berjuta bilangan nya...baca kat SINI kalau nak tau...kesian jugak kalau dah kena macam tu...kan..

soo... be careful semua...

notahati .: canne nak dok rumah di kelilingi sawah ni kalau camni!!!...huhu

~ Laptop TerBakar ~

Assalam semua..
Masih bercuti cuti dan lepak lepaking lagi kita yer...
seronok bila dapat cuti begini...nak nak dapat extra cuti 2 hari lagi...lagi lah seronok...
opsss...kita stop dulu lah bab coti2 dan lepaking ni...

kita tengok dulu info kat bawah ni...PENTING tau..


Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida 
-------------------------
so sapa sapa yang ada laptop...tak kira lah dell ke jenama apa ker???..
sila lah berhati hati yer...elakkan dari guna laptop atas tilam...bantal dan yang sewaktu dengan nye...satu lagi...takyah lah nak tido tido ngan laptop tu...buat sakit badan jer...


lagipon bahaya...pasal nye :: ia boleh menyebabkan sistem pengalihudara laptop tak berfungsi...haba tak keluar...maksud nye lagi kipas tak jalan la...kalau dah kipas tak jalan...udara sejuk takdak...laptop pon panas...kalau dah panas sangat ...tak ke.. boleh meletup???...kan kan kan..


so...jangan ambik mudah yer perkara ni...

kalau nak tau...laptop ak pon ritu... nyaris2 terbakar jugak...seb bek ada amaran... masa tu ak tengah guna la...kang main cantek lagi letak tas tilam... dok sekejap jer...laptop tu terus kelip kelip...terus padam...terkejut...beruk ak...heran...


bila di angkat...wahh...panas gilerrr ko laptop tu...terus letak kat meja...bila on...ia padam balik...on lagi kelam kelam balik...pastu...terus la ak off kan terus...2 hari tak bukak langsung...seb bek boleh on..kalau tak...fulus melayang lagiiikk...


notahati :: hrmmm...ingatkan kereta jer ada kipas econ...laptop pon ada jugak...hehe

~ Khasiat Susu Ibu ~

Assalam semua...
fes fes sekali...ak ucapkan selamat bercuti cuti m'sia semua...ngeh ngeh ngeh...
takmo cakap banyak..kita layan gambar baby telanjang ni yer...


kalau nak jelas...klik gambar
share from kasih ibu


sila baca yer..
susu ibu ni banyak khasiat nye...so kepada ibu ibu atau bakal2 ibu...jangan lah takut-takut untuk menyusu kan anak...besar faedah nya buat anak dan kita juga...







notahati :: bess nye bile dapat cuti free macam ni...kome yang keje luar wilayah mintak maap jer...jangan jelesss...

~ Bila Si Kecik ber ExerCise ~

sumber :: tipskahwin.com


Assalam semua...


first2 sekali bila nengok gambar ni... nak tergelak pon ada...
sapa2 yang ada anak...mesti pernah hadapi situasi macam ni kan...
ini baru satu... cuba bayang kan kalau anak dah ramai...setahun sorang lak tu!!!
cam mana lah gaya nya ek???
tak dapat nak di nolong dah aihh... harus lah dibiarkan saja diaorang memonopoli sebahagian besar ruang yang ada...dan terpaksa lah si emak dan apak beralah demi keselesaan mereka...


satu jer yang harus di utamakan semasa mereka tido adalah :: keselamatan mereka...bukannya apa!!!...takut terjatuh katil sahaja...so...untuk elakkan nya...
-harus lah katil dikorbankan dahulu...simpan jer lah dulu ke bilik lain ek...sementara diaorang boleh menyesuaikan diri...


hokey ...
nota :: senyum pagi

~ LaMan Sesawang baru.../ IslamGRID ~

Obor yang menyinari Alam...




projek kerjasama terutamanya antara MAMPU dan JAKIM (sebagai pemilik) yang mana kedua-duanya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi lain seperti MOSTI

ini petang semalam nyer cerita la ni...dik ternampak kat blog adek ni....
terus ak menyusuri laman sesawang baru ni... 
memang banyak info menarik di dalam nye...


bak mutiara kata di header nye...
memang betul betul sesuai untuk masa kini...
boleh juga dijadikan panduan...

antara yang paling menarik ialah ::

 AlQuran Digital (alam maya) ...
walau di mana kite berada kita boleh membaca nye...
janji ada line internet..



dan juga himpunan doa doa dan zikir seharian...
untuk panduan kita semua.


dalam mendidik anak2 yang tengah membesar... 
memang elok sangat lah...
untuk praktik san anak2 kite di zaman sekarang ni..
zaman yang serba canggih macam ni...
memang perlukan panduan panduan sebegini.. 


benda baik sama sama lah kita sebar sebarkan... moga dapat manfaat bersama
so...selamat bersiar siar yer...


sharing is caring..

~ BuDu...MaKan Lah Budu SebeLum TerLambat ~

sources gugle


sebelom citer panjang panjang...nak cakap nih!!!!!
"aiii LIKE.....BUDU"...
lagi pon dah memang jadi makanan asasi ak dari jaman kecik kecik lagi...
kalau ak ajak balik kampung jer mesti asben ak akan tanya anak2 dulu...
::
Asben :: Syafiq..mama nak balik kampung...nak buat apa???
Syafiq :: nak makan BUDU la...baba...
Adik :: ha a lah...mama nak makan BUDU la tu!!...
Mama :: hahaa...ada ker??...Bistu...korang tak makan BUDU ker???
Syafiq dan adik :: hehehe...makan jugak....slow slow jer jawabnye


lawak ajer bebudak nih...bile makan budu jer mesti merah merah mulut deme....gatal...maklum lah darah dah campur ngan belacan....bukan piyor kelate dah...


kalau nak ceritakan zat BUDU ni memang banyak weii...
antaranye ialah ::... 


:: awet muda
:: dapat mencegah penyakit jantung dan kanser
:: pandai dan berIQ tinggi....


nak tau lebih lagi...klik link MyBerita ni...lagi saintifik bunyi nyer..
lagi famos amoooss bab BUDU ni...


sharing is caring

~ PLease PleaSe pLease.....ALahai LaH BaTuuuuuukkk ~

bile lah dikau ni nak berenti yer???
tak tahan dah tekak ak ni... pagi petang siang malam asyiklah dok kong kong kong ajork...
makan ubat batuk dah 3 4 hari dah.... tak jalan jugak...uhukkk uhukk...


nak buat kerja cepat cepat pon susah lah kalau macam nih....dengan kepala berdenyut denyut....aduiihh laa....bile nak ko nak ilang pon tak tau lah... 


orang kata.... kalau dah 3 hari kita makan ubat tak sembuh jugak... elok lah berenti kan...kan...tapi tak sanggup pulak rasa nye nak menahan pedih nye perut ku nih bile batuk...rasa macam kena siat siat woo tali perut ni dibuat nye...


haihhh...kalau ikut kan ... susah jugak ak nak dapat sakit cam ni nih... tapi bile kena sekali ...hambik kooo... susah nak baik...sama jugak lah kalau demam... camtu jugak lah.... aduiiih la mak oiiii....saat saat macam ni lah baru terkenan kan mak... huhuhu


pernah sekali dulu ak terkena batuk camnih...lama tau nak sembuh... tu pon hari hari ak pulun minum air asam jawa....pas rendam semalaman....baru ak minum..."petua orang tua tua"...dan akhir nya berenti jugak batuk nye... Alhamdulillah


kali ni lak...saja jer nak try ubat batuk dulu...sebab ikut cakap orang gak... kalau baru2 nak batuk terus minum...insyaallah menjadik...hrmmm tapi tak jugak... sudah nye pasni kena lah aku berbalik pada kaedah yang lama lah jawab nye.... merendam asam jawa semalam untuk di minummm....


ate korang.. kalau ade kaedah atau pon cara lain yang boleh menolong ak kurangkan atau sembuhkan batuk ni...leh jugak ler share kan kat ak yer????....hellpppp me yer!!!! 


Sharing is caring....kan ...kan...kan!!!!

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)