♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

~ SaPeR AdeR AnAk... KaSi CiuMmm La ~



tadi dah share kan kat fb... yang ni nak share kan kat blog lak...
aci tak??? acii??? tak aci???...hahaha... tak kisah lah aci ke tak aci ker??? janji aii LIKE :-)


haah.. apalagi dok tunggu... kasi Cium la iteww anak... nak nak lagi ...dahulukan anak pompuan dulu...baru anak lelaki... lagi besar pahalanya...



CIUM ANAK DAPAT PAHALA ~





Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. 





Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.





Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.  





Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. 





Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 





Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.





Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.   Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.  





Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."   





Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.





Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.   





Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."   





Wallahualam   

SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA  


4 comments:

shahrilhakime said...

lege....... padan le berat je bahu sebelah kanan awok ni.....banyak sangat pahale nye....maklomle....awok ade anak 3 oghang..... soghang sebelom pegi keje awok mesti cium.... balik koje pun awok cium....sambei2 tengok tibi pun awok cium..... ndak tido pun awok cium..... lepaih semayang pun awok cium jugak.....
banyak dah tu.....hehehe...

anak2 penawar duke kite....

hyazz said...

D...haaa...kan dah kata dah byak pahala nyer... alhamdulillah.. rezki rezki kan...kite pon der 3 gak...

eima said...

untung nye sape anak ramai ...nk kena beranak ramai gak la

hyazz said...

manje...ha a..untung manje...kiri kanan dapat pahala... banak ramai ramai tau...

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)