♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

~ Kisah LuCu Suami Isteri ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi tasik, sambil berbual-bual mesra…

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang…

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: Oh!! gitu ke…ok lah! kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang kan jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie… begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…bedebuk!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknyo be! ( makwe orang kelate rupanya )

Pakwe: Cilako! punyo tunggol kayu… .buto ko!!!!!, tak nampak ke oghang nak lalu ni! (oh! pakwe nya pula orang N9 ) ...sayang tak ape2 ke?

Makwe: ok bang… cuma luka sikit jer kat dahi nie!

Pakwe: ish! ish!..nasib baik tunggul kayu...kalau oghang... tadi!! memang nahas abg kerjakan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua berpanjangan… selang beberapa bulan, pasangan kekasih itu mendirikan rumahtangga… 2 tahun berlalu, mereka kembali lagi....sambil membawa anak bersiar-siar di tasik yang sama sewaktu bercinta dahulu. Sambil duduk di tempat yang sama...si isteri memulakan bicara.

Isteri: Abang...masih ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa!

Isteri: Kalau saya jadi bintang?

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman…

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… kat Jepun adalah… apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga?

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie… cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… dah buang tebiat ko, tak nampak ko anak kito tu… .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo?

Isteri: Hok aloh abe ni...Abe nie tok supo dulu doh… .tok rometik lasung, mete2 la saya nie, tok comey doh  lagi…

Suami: Ah!! Takdo nak romantik kosmetik do… .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut… .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah…

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie… .buto ko, punyo la bosa tunggul tu, tak nampak ko!!!!!!!!!!
---------------------
source .: matjang

notahati .: tengah nunggu mee rebus bos blanjer!!...dap nya!!

4 comments:

eima said...

moral of story ....??

takan la tak ingat tunggul kayu tu lagi ..asek la tersepak ...hahaha ngok ngek

hyazz said...

eima :. dulu lain sekarang lain la tuh!! hahaha

masyi said...

mohon copy ye

hyazz said...

masyi : silakan

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)