♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

~ LaGi ~ BuDaK LeMaS ~



aduh aduiiiihhhhh....


...belom habis cerita bayi-bersepai- kena campak ke bawah......di sambung lak dengan berita budak mati lemas dalam kereta pulak....pastu budak mati lemas di rumah pengasuh....dan....ari ni pon ... budak mati lemas lagi...dalam besen di rumah jagaan...




alahaiii...
kalau dipikirkan ni...takut pulak rasa nye biler nak ader anak kecik yang baru ek.....


haihhhh...cukup la  dengan permata  yang dah ader ni haa....... 




psssttt... kalau nak tau lebih lanjut klik kat LinK bawah tajuk tu yer...


*



*



Budak lemas dalam besen


sumber : hmetro 
Selasa, 07 Jun 2011





GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan yang pada awalnya menonton televisyen bersama kanak-kanak lain ditemui lemas dalam besen di bilik air di pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Paya Terubong, Air Hitam, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika mangsa, Stella Chew Xing Rou, berusia dua tahun berada di pusat berkenaan bersama kanak-kanak lain sambil menonton televisyen.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Halim Bulat, berkata penjaga dipercayai tidak menyedari mangsa tiada bersama kanak-kanak lain ketika menonton televisyen. Menurutnya, penjaga terbabit mencari kanak-kanak berkenaan di sekitar pusat itu dan menemuinya di dalam bilik air sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan pusat berkenaan.

“Mangsa dikejarkan ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Farlim, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia dan ibu bapa mangsa membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk dilakukan bedah siasat yang dijangka dilakukan hari ini bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Abd Halim berkata, siasatan lanjut dijalankan termasuk mengambil keterangan semua pihak termasuk kakitangan pusat penjagaan kanak-kanak terbabit dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis belum memastikan punca kejadian kerana masih menunggu laporan lengkap Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi mengetahui sama ada mangsa meninggal dunia akibat lemas atau sebaliknya.

No comments:

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)