♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

~ PeLaRaSaN ASTrO ~

waduh waduh... ni yang tak sedap di dengar ni....


nak kena check ni... selalu asek tukar tukar channel jer... main call call jer...suruh tukar channel tu...suruh tukar channel ni... main ikut sedap hati jer....


lupa lak nak tanya harga nyer... lupa lak nak kira pakej ni berapa + pakej ni berapa????....


pastu lak men bayar jer... janji AsTrO tak kena potong...tak sampai hati nak tengok bebudak ber2 tu merengek rengek......

mintak mintak la semua tu tak berapa mahal....kalau cam sekarang pon dah kira ok dah...kalau tak terpaksa ler si Omak nyer ...meng'cut kos nyer sikit...alahaiii....


sumber : bharianOnLine


ASTRO buat pelarasan khidmat

Oleh S Anand Kumar

2011/06/07

Harga pakej pilihan bakal naik tetapi yuran langganan alami penjimatan

KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya. 

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.
“Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.
“Aspirasi kami untuk terus memberi pengalaman menonton dan tiada bandingnya kepada pelanggan. ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Tan berkata, pelanggan ASTRO mempunyai pilihan 146 saluran membabitkan pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa dan tempatan termasuk acara sukan global serta tempatan 24 jam sehari. 

“Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan,” katanya. 

Beliau berkata, pelanggan ASTRO kini boleh menikmati nilai wang lebih baik dengan pelancaran ‘Super Packs’ yang direka khas bagi menawarkan pakej terbaik termasuk perkhidmatan Definisi-Tinggi (HD) dan Rakaman Video Peribadi (PVR). 
Sementara itu, orang ramai boleh melayari laman web, www.astro.com.my/mypackages atau emel ke inquiries@astro.com.my untuk mengetahui lebih lanjut harga yuran langganan baru serta pakej ditawarkan

*

No comments:

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)