♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

~ Kawalan Ketat Polis Kekang Kejadian Baru Simbah Asid ~




Polis masih memburu suspek kes simbah asid yang menghantui ramai pihak terutamanya wanita.
Polis masih memburu suspek kes simbah asid yang menghantui ramai pihak terutamanya wanita.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, setakat ini, kawalan dan pemantauan ketat polis di sekitar ibu negara dan kawasan Lembah Klang berjaya mengekang kejadian baru dari berlaku.

TAN SRI ISMAIL OMAR / KETUA POLIS NEGARA
Saya minta pihak media juga menyebarkan maklumat ini supaya orang tahu, kesedaran tu ada. Dua, kita tingkatkan operandi di tempat tertentu, dan ketiga adalah cara-cara polis yang tak perlu saya sebut di sini, undercover dan sebagainya.

Tambah Tan Sri Ismail, langkah menempatkan polis di kawasan yang menjadi tumpuan utama penjenayah berkenaan dianggap proaktif tidak terkecuali, rondaan dan sekatan jalan raya turut ditingkatkan.

Ini dapat dilihat dengan kes terakhir dilaporkan 2 minggu lalu, iaitu cubaan simbah asid yang berlaku di Kampung Pandan, ibu negara.

Sebelum ini lokasi kejadian dilaporkan berlaku sejak Mac lalu di Bangsar, Brickfield, Wangsa Maju dan Kampung Pandan.

Berita paling baru diterima ::: :: 
sumber :: FB


KHABARNYA...Acid splasher on the run!
Motor EX5 No : MAC1841 & WPV4963 tadi kat PKNS S.ALAM...then SUBANG... just for PRECAUTION & ALERT!


kot yer pon nak marah sangat ngan pompuan...jangan ler sampai macam ni sekali... buat nanya jer... buat nye orang tu tak bersalah .......ape ape pon tak dapat???....dapat dosa jer..

DOa DOA kan lah kita dijauhi dari terkena @ terserempak ngan deme ni...

ok
Berhati hati semua....


psssttt... takut jugak weiii.....kalau dah canggitu gaya nyer.....

4 comments:

Unknown said...

takutla..mmg la ni tk sng hati je rsa..risau tkut diorg dh ready kt mna2..moga kita dijauhkan la ..

syariza09 said...

takut wehhh

hyazz said...

Fza...tu la kan...fza ok gak rumah dekat...kya ni jauh lak tu...seb bek bwk keta...ade gak pelindung nyer...mintak2 ler selamat kan...kan..

hyazz said...

Azs... eee...ngeri... aduh duh...drive sorang2 ni...bahaya kan...

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)