AsSalam,
Ya Allah, aku tahu asal usul ku
Dari benih ayah dan ibu ku semasa mereka bersama
Aku perlahan lahan aku terjadi dan membesar dalam rahim ibu ku
Ibu ku membelai ku, berangan angan akan kelahiran ku
Membuat segala persiapan, membeli pakaian kecil comel dan berbagai bagai lagi
Bila genap tiba hari lahir, maka lahirlah aku
Padahal sebenarnya Engkaulah ya Allah yang memelihara ku melalui jari jemari ayah dan ibu ku
Semakin hari aku pun membesar dengan sifat agung mu, RABB,
Maha Pemelihara !
Bila aku dewasa dan berkuasa
Engkau perintahkan aku melaksanakan syari'at mu di atas bumi milik mu
TETAPI aku kata syari'at mu tak sesuai kerana engkau lupa semasa engkau mewahyukan syari'at mu
kepada Rasul mu 1,400 tahun dahulu, Malaysia tanah air ku belum ada penghuni semacam ini
KINI, aku berada dalam kubur mu yang panas, gelap, sunyi tetapi huru hara, meraung memohon pada mu agar kembalikan aku sekejap ke bumi untuk aku bertaubat dan menyembah mu
kerana dulu banyak suruhan mu aku ketepikan dan lalai ....
No comments:
Post a Comment