♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

Jaga diri dan kediaman dari makhlus halus

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

seperti mana yang kita tahu...
syaitan adalah musuh terbesar kita umat Nabi Muhammad...
kat bawah ni ada beberapa perkara yang boleh kita ikuti
 untuk mengelakkan gangguan syaitan laknatullah...
semoga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t dari makhluk bernama syaitan..



PENJAGAAN DIRI DAN KEDIAMAN DARI MAKHLUK HALUS 

1. Lafazkan assalamualaikum , Bismillah dan ayat kursi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana- mana pintu ( kecuali bilik air ) sebab port- port syaitan kebiasaannya di pintu- pintu.

2. Lazimi membaca dan mengamalkan ayat suci alquran di rumah serta memperbanyak solat - solat sunat dan tahjud

3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dll sebab tu semua makanan jin. 

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam- malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin. 

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu mghrib dan ke atas. 

7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia. 

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yang pintu- pintunya berhadapan dengan pintu- pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu- pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus 

10. Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu. 

13. 'Pagar' rumah setiap hari.

14. Selalu - selalu baca surah Al-Baqarah. 

15. Selalu alih- alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda- benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Salinan Coretan Daripada : Ustad Sahidan KUIS

No comments:

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)