♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

: Seronok bila tiba Hari Guru

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

wajah kesayangan hamba

Bila tiba Hari Guru 16 Mei ..budak2 ni lah paling seronok..
bukan seronok nak cari hadiah..tapi seronok sebab ada majlis hari Guru

kalau ada majlis dah tentu2 lah tak payah belajar...

balik petang semalam, terus lah deme buat pesanan..


"mama..teacher kata, hari jumaat ni acik tak payah pakai baju sukan.. 
acik kena pakai baju sekolah..pastu tak payah bawak beg dengan bukuuuuu,..
sebab budak darjah 3 datang pagi...bess kan mama"..

itu kata adik...si abang pula

"mama...nanti jangan lupa bagi duit lebih sikit kat abang tau... abang nak masuk rumah berhantu"...

rumah hantu? kata emak

"rumah hantu tu cikgu buat kat dewan la mama..esok kan majlis hari guru...abang pon masuk persembahan!..tu lah sebab...kalau bawak duit, boleh lah abang masuk rumah hantu tu"..
"oh ye...mama tak yah datang...cikgu tak suruh pong!..katanya

*lorr..baru nak tanya! dia dah cakap siang2..
sungguh excited nih!...

1 comment:

syariza09 said...

hahahaha...mama x yah sibuk2 nk pegi tau :)

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)