♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

: DCA sangat Profesional / aii LIKE

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

KEDUDUKAN KLIA sangat strategik dengan insiden kemalangan udara jarang berlaku.

sumberberita : myMetro

Kuala Lumpur: Penerbangan adalah kaedah pengangkutan paling selamat di Malaysia dibantu oleh tugas baik yang dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Juruukur Penerbangan AirClaims Tan Soon Keat berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di kawasan sangat strategik dengan insiden kemalangan udara jarang berlaku.

“Saya amat menghormati DCA Malaysia, mereka menjalankan tugas dengan sangat baik dan amat profesional dalam memastikan keselamatan penumpang,” katanya pada Konvensyen Tahunan Tuntutan Antarabangsa di sini, semalam.

Beliau berkata Malaysia adalah satu daripada negara yang menandatangani perjanjian di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa yang dibentuk di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menubuhkan Flight Information Regions (FIRs) bagi pengawalan trafik udara dan menjadikan pengenalan lapangan terbang lebih mudah dan jelas.

“Juruterbang dan pegawai Malaysia yang bekerja dalam industri penerbangan terlatih mengikut prosedur operasi standard,” katanya.

Airclaims, yang dibangunkan syarikat induknya McLarens adalah penyedia utama perkhidmatan pengurusan tuntutan, risiko dan aset dalam industri penerbangan.

DCA yang terdiri daripada Pengurusan Trafik Udara, Operasi Penerbangan, Standard Lapangan Terbang, Pemeriksa Trafik Udara dan Keselamatan Penerbangan, memiliki sistem operasi canggih dan lancar yang setanding dengan standard antarabangsa. — BERNAMA

note : vangga mak nokss..opis ku dihargai
Post a Comment

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (54) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (55) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)