♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

~ Cikgu Goncang Badan Murid sebab Tak Tahu B.Inggeris ~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

macam2 hal..takut pulak bila terbaca hmetro hari ni...

Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga jatuh telentang

patutnya cikgu mengajar dengan lembut..bukan macam tu caranya
sampai digoncang dan ditolak ke dinding sampai jatuh terlentang...ingat bola ke boleh di baling baling...siap dibodoh kan lagi budak tu..ate..canner nak pandai kalau dah cikgu pon cakap canggitu...

aduihhhaiii!....teringat pulak anak2 di sekolah...
mintak2 lah dijauhkan benda2 macam ni jadik kat mereka...nauzubillah

------------------------
metro hari ni...
------------------------

Johor Bahru: Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga jatuh telentang dalam kejadian di kelasnya di sebuah sekolah rendah, di sini, Isnin minggu lalu (14 Januari 2013).

Dalam kejadian jam 2 petang itu, bapa mangsa yang kebetulan masih berada di sekolah melihat sendiri kejadian berkenaan sebelum menarik anaknya pulang ke rumah.

Bapa kanak-kanak itu Noriswan Samad, 30, berkata, pada hari kejadian dia dan isterinya, Nurul Akma Abu Bakar, 25, menghantar anak sulung mereka, Muhammad Nur Haikal, ke sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya.




NORISWAN dan Nurul Akma menunjukan laporan polis dan doktor mengenai anak mereka, Muhammad Nur Haikal yang didakwa dikasari seorang gurunya, Isnin lalu.

“Pada hari kejadian saya berasa tidak sedap hati dan berpatah semula ke kelas untuk melihat anak, namun tergamam melihat anak saya digoncang seluruh badan beberapa kali, ditolak di kerusi dan dinding hingga jatuh telentang serta diherdik guru itu ‘masukan baju kau dalam seluar bodoh!’.

No comments:

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)