**bagi kita yang berjumpa, bertanya dan membenarkan jawapan daripada dukun dan paranormal... solatnya selama empat puluh hari tidak akan diterima oleh Allah SWT..
kat bawah ni akak nak kongsikan sedikit info tentang nyer ...
research from...
Asyraf Mustaffa, PPKTU A29. Subang....
*if there are reasons why satans wud be damn afraid of us human, one of them is they're already defeated in the first place. secondly, the righteous truth is soo obvious.. we can email them to our frens ;) have a good day, peeps.
**Teks ni daripada buku: 1001 Wajah Di Padang Masyhar. penulis asal Abdurrahman Al-Wasitih dan Abu Fatiah Al-Adnani. buku ni terdapat dalam beberapa penerbitan terjemahan bahasa melayu.
21. Dukun, Tukang Sihir dan Paranormal
Perbuatan syirik seperti sihir, dukun dan ramalan banyak diamalkan dalam masyarakat. Sihir merupakan perbuatan kufur dan salah satu daripada tujuh dosa besar yang menyebabkan kebinasaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jauhilah daripada tujuh dosa besar yang membinasa!" Para sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa besar yang membinasakan itu?" Baginda menjawab, "menyekutukan Allah, perbuatan sihir, membunuh orang yang haram darahnya, memakan harta riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan perang dan menuduh perempuan mukminah berzina".
HR. Bukhari dan Muslim.
Sihir hanya mendatangkan bahaya dan sama sekali tidak bermanafaat kepada manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:
"Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manafaat."
Juga firman Allah SWT dalam Surah Taha ayat 69, yang bermaksud:
"Dan tukang sihir itu tidak akan memperolehi kejayaan di mana sahaja ia berada."
Ibnu Qudamah berkata:
“Belajar dan mengajar sihir adalah haram. kami tidak melihat adanya perbezaan pendapat di antara para ulama. para sahabat kami berkata, "kafir bagi tukang sihir untuk mempelajari dan mengerjakannya, samada ia yakin kepada keharamannya atau kebolehannya”. firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:
"padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir) hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir), mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil, iaitu Harut dan Marut, sedangkan kedua-duanya tidak mengajarkan (sesuatu kepada seorang pun) sebelum berkata, "sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), oleh itu janganlah kamu kafir."
Berdasarkan kepada ayat tersebut, perbuatan sihir atau merelakan perbuatan tersebut termasuk perkara yang membatalkan keimanan (keislaman) seseorang.
Dukun pula adalah orang yang mengambil maklumat pendengaran daripada syaitan yang mencuri pendengaran dari langit.
Kadangkala ramalan dan ucapan dukun-dukun, peramal atau paranormal sememangnya sama dengan kenyataan yang berlaku. Namun, hal tersebut bukan bererti mereka mengetahui hal-hal yang ghaib. Ketepatan ramalan mereka hanyalah suatu kebetulan dan tidak terlepas daripada ketentuan dan kehendak Allah SWT. Berita dan ramalan mereka datang dari jin-jin yang mencuri dengar berita-berita yang ada di langit dan diputarbelitkan dengan pelbagai kebohongan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Jin ayat 9, yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk mencuri dengan berita. tetapi sekarang (setelah diutuskan Nabi Muhammad SAW), barang siapa yang cuba mencuri dengar, nescaya akan dipanah api yang mengintai (untuk membakarnya)."
Kadangkala sebelum jin sempat menyampaikan berita yang ia dengar, panah berapi dari langit telah membakar jin pencuri-dengar tersebut. kadangkala pula ia sempat menyampaikan berita kepada jin yang berada di bawahnya sebelum terkena panah berapi dari langit. jin itu memutarbelitkan berita tersebut dengan pelbagai kebohongan (dan menyampaikan kepada dukun dan tukang sihir).
Aisyah RA berkata:
"Beberapa orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang para dukun. baginda menjawab, "Mereka itu tidak mempunyai apa-apa!" para sahabat berkata lagi, "wahai Rasulullah, adakalanya mereka meramalkan sesuatu dan kemudiannya ternyata benar!" Rasulullah SAW menjawab, "itu adalah hak yang didengar oleh jin, kemudian dibisikkan kepada para walinya dan mereka mencampurkan dengan seratus kedustaan."
HR Bukhari dan Muslim.
Kufur sekiranya meyakini kebenaran (ramalan) dukun dan peramal ini dan berdosa besar sekiranya mendatangi atau berjumpa mereka.
Dalam hadis diterangkan besarnya dosa orang yang mendatangi dukun dan peramal. antaranya hadis daripada Abu Hurairah dan Al-Hasan bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
"Barangsiapa mendatangi dukun atau tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungghnya ia telah ingkar terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW."
HR Ahmad dan Al-Hakim.
Meyakini kebenaran mereka bermaksud mengakui terdapat sesuatu yang mengetahui perkara ghaib selain Allah SWT, padahal Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Jin ayat 26, yang bermaksud:
"(Dia adalah Tuhan) Yang Maha Mengetahui perkara ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang perkara ghaib itu. kecuali kepada rasul yang diredhaiNya."
Demikian pula dari kalangan jin tidak ada yang mengetahui perkara ghaib, seperti dalam kisah Nabi Sulaiman ketika jin berada di bawah kekuasaannya. Allah SWT berfirman dalam Surah Saba’ ayat 14, yang bermaksud:
"Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila telah tumbang, tahulah jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui perkara ghaib, tentulah mereka tidak akan tinggal dalam azab (kerja berat) yang menghinakan."
Allah menceritakan tentang kewafatan Nabi Sulaiman AS serta bagaimana Allah merahsiakannya di hadapan golongan jin yang ditundukkan untuknya untuk melakukan pekerjaan berat. baginda duduk diam dalam keadaan bersandar pada tongkatnya, lalu ketika inai-anai memakannya, tongkat tersebut reput dan Nabi Sulaiman jatuh ke tanah, sehingga barulah diketahui bahawa baginda telah wafat sebelum itu dalam tempoh waktu yang cukup lama. jelas di sini bahawa ternyata jin tidak mengetahui parkara yang ghaib seperti yang mereka sangkakan dan mereka tunduk kepada manusia.
Orang yang melakukan sihir, tilik, dukun dan paranormal adalah orang yang tidak akan mendapat pahala di akhirat kelak. firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:
"Dan mereka mempelajari sesuatu (iaitu ilmu sihir) yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Padahal sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarkan (kita Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat. dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui."
Hadis daripada Shafiyyah ummul mukminin dan isteri Nabi Muhammad SAW yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal kemudian ia bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam."
HR Muslim dan Ahmad.
Mendatangi, bertanya dan membenarkan jawapan daripada dukun dan paranormal telah menyebabkan pelakunya kafir terhadap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dan solatnya selama empat puluh hari tidak akan diterima oleh Allah SWT. dosa dan hukuman kepada dukun dan paranormal adalah sangat besar.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment