♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

~ OTaK Oh oTaK...~


emmmm... sian kat otak... pagi2 lagi dah...stresss..

bahaya tu...salah satu punca yang boleh merosakkan otak rupa nya...

sama sama lah kita menjaga dan menyayangi nyer...

petang ni jom kita.... relaxxx2 kan minda dan jauhi menda-menda macam kat bawah ni yer :) ...


*




*




*




*
Fw: 12 perkara punca kerosakan otak
-





1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
-Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

2. Terlalu banyak makan
-Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.

3. Merokok
-Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula yang tinggi
-Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
-Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

7. Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Berfikiran sempit
-Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

10. Kurang berkomunikasi
-Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

11. Kurang membaca
-Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.

12. Mengabaikan Meditasi
-Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!



Sumber  : Email



psssttt....tak mo marah2 dah... boleh ker????


4 comments:

.::Lynn::. said...

xmo marah2, nak senyum2 jea

AnakPakZohar said...

selalu gak stress.. huhu.. act, tak suke breakfast....hurmm.. huhu

hyazz said...

lyn... tol tu lyn.. nak senyum senyum jeee.... hehehe...tp leh ker???

hyazz said...

yad'z... haaa tak elok tu yang... relax kan minda...rehat2 je tau...

stat dr sekarang ni...ambik bekfess tauu... kena makan juga senang otak nak berfungsi...

"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)