hrmm...
sebut kata membebel ni... memang la tak leh lari dari kehidupan seorang perempuan...
nak nak biler dah bergelar :: ibu, mak, ma, mok, mek, mama, mamy, ummi, ammy..
kalau tak banyak... sikit pon jadi lah... mesti nak keluar jugak dari mulut nye...
macam kome ni haa....
*masa dapat 1 anak... ok lagi....takder bunyi sikit pon...
*bile dah masuk 2 anak... bunyi sikit jer...itu pon bebel nye kat ank jer...
*tapi bile dah masuk ank ke 3 ni... mula la mulut ni nak berleter...membebel ajer...macam bertih jagung...
nak nak lak time balik keje....dah la penat...rumah bersepah sepah...hrrmm apalagi....bertambah tambah bebel nye... yang tentu bebudak ber2 tu yang kena bebel...silap2 haribulan .... Si Apak nye sekali pon terkena juge tempias iteww....
seb bek la boleh dikatakan penyabar jugak si Apak nye tu... tak do la kena marah2 balik...siap tolong suruh si anak2 nye kemas lagi.....
psstt... membebel membebel jugak...tapi ade had nye... nak la kena ngan tempat nyer jugak...yer dak???
jangan la sepanjang masa ko asyik nak membebel jer...
dan satu lagi... benda remeh temeh tak yah ler nak di bebelkan...buat keruhkan keadaan jer...kan ...kan...kan....
haaa... buat laki nye yang suka marah2 balik tu @ tak tahan ngan bebelan isteri nye...leh ler baca kat citer bawah ni...mana tau kot kot leh buat perubahan sikit....
tak salah kita berkongsi citer jaman nabi nabi ni... sharing is caring.....
soo... Selamat membaca semua....
Khalifah Umar dan Isterinya - Panduan kepada Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel......
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.
Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.
Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.
Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. **Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?" Si suami tadi menjawab, "Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya.
Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku?
Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."
sumber: Rahsia Perkahwinan
No comments:
Post a Comment